Setelah melalui hari demi hari selama 8 minggu menjalani latihan industri, saya ingin mengambil kesempatan untuk mengemukakan beberapa cadangan yang terbuku dalam fikiran saya selama ini memandangkan keberkesanan serta terdapat pelbagai aspek dan kesan positif latihan industri ini dijalankan kepada pelajar. Agar pada masa akan datang kekurangan dan permasalah berkaitan isu latihan industri oleh pelajar UPSI akan dapat diatasi dengan segera.
Diharapkan juga semoga pada masa-masa akan datang hak-hak sebagai seorang pelajar akan lebih terjamin dalam setiap aspek untuk keharmonian warga-warga UPSI. Memandangkan saya dan rakan-rakan adalah kumpulan pelajar pertama yang menjalani latihan industri di syarikat-
syarikat tidak hairanlah terdapat pelbagai kekurangan yang tidak dapat dielakkan sering kali berlaku. Namun untuk kebaikkan semua pihak, pihak pengurusan perlulah lebih cekap dan dedikasi dalam pengurusan latihan industri kerana secara tidak langsung ia adalah melibatkan fakulti,pensyarah, pelajar malah nama baik universiti Pendidikan Sultan Idris sendiri. Pelajar yang keluar untuk menjalani latihan industri bukan hanya membawa bekalan ilmu dan kemahiran yang perlu dipraktikkan,malah membawa nama universiti kepada masyarakat luar. Justeruadalah amat penting setiap aspek latihan industri dikaji secara mendalam.
Saya ingin memberi cadangan supaya pada masa akan datang, pihak UPSI akan menyediakan terdahulu nama-nama syarikat mengikut negeri yang dipohon oleh pelajar dimana syarikat yang disenaraikan juga telah pun bersedia mengambil pelajar-pelajar UPSI menjalani latihan praktikal tanpa sebarang masalah dan keraguan kepada pelajar. Sebarang bantahan dan masalah dari pelajar mengenai penempatan syarikat oleh UPSI di mana pelajar menolak syarikat yang disediakan oleh UPSI, pelajar juga dibenarkan sama sekali mencari syarikat yang dihajati.
Ini adalah berikutan kekangan masa yang amat terhad kepada pelajar dalam usaha mencari syarikat yang betul-betul berhajat mengambil pelajar jurusan pendidikan ke dalam organisasi mereka. Tugasan-tugasan, hari perkuliahan yang padat dari pagi ke malam sehinggakan perkuliahan pada hari minggu menyebabkan kebanyakkan dari pelajar gagal memberi kerjasama yang baik kepada fakulti dalam usaha mencari tempat latihan industri yang ingin mengambil pelajar jurusan pendidikan.Perancangan yang awal dan tersusun serta kerjasama dan usaha dari pihak fakulti banyak memberi kesan positif kepada pelajar dalam menjayakan
latihan industri yang banyak manfaatnya kepada pelajar dari segi perkembangan kendiri dan kemahiran yang dipelajari. Persoalannya bukanlah sekadar mencari jalan mudah pihak-pihak tertentu dalam menguruskan latihan industri pelajar tetapi kewajaran sesuatu proses itu yang perlu dilaksanakan.
Waktu latihan industri juga pernah menjadi isu dimana adalah tidak wajar bagi saya pelajar menjalani parktikal pada akhir semester 5. Ini memandangkan sesetengah syarikat memerlukan pelajar melaksanakan projek yang melibatkan pengetahuan teknologi perisisan yang lebih
meluas dalam tugasan pelajar. Alasan masih tidak mempelajari ataupun masih mencuba mendalami perisisan-perisian yang tertentu sendiri tanpa bantauan tenaga professional semasa parktikal memyebabkan nama UPSI sedikit sebanyak diperlekehkan. Syarikat-syarikat yang mengambil pelajar untuk menjalani latihan industi amat mementingkan pengeluaran dan masa mereka. Usaha pelajar yang baru ingin mencuba perisisan yang baru semasa menjalani latihan praktikal juga sering tidak mendapat perhatian dan diperlekehkan.
Justeru pelajar-pelajar yang keluar menjalani latihan-latihan praktikal di syarikat-syarikat perlu dipastikan telah melengkapkan diri dengansegala ilmu sepenuhnya dalam menjalani latihan industri. Kebanyakkan dari universiti tempatan malah Politeknik juga mewajibkan pelajar tahun
akhir atau semester akhir sahaja yang boleh melayakkan mereka menjalani latihan industri. Tidak hairanlah perbezaan yang ketara dapat dilihat dari segi bekalan ilmu dan kemhiran yang dibawa oleh pelajar pengajian akhir kursus berbanding dengan pelajar yang baru berada dipertengahan semester pengajian. Pengetahuan dan ilmu yang cetek menyukarkan pelajar melaksanakan tugasan dengan baik serta melibatkan nama baik universiti.
Sesungguhnya, pelajar-pelajar UPSI tidak kurang juga berbanding pelajar jurusan Multimedia lulusan universiti tempatan.Fakulti juga wajar mempertimbangkan setiap aspek dan kebajikan pelajar dalam usaha menjadikan latihan indusri ini adalah satu kejayaan yang dapat memberikan
manfaat kepada semua khususnya para pendidik yang bakal menabur bakti pada Negara.
Seketika apabila direnungkan semula semasa proses awal latihan industri dijalankan, setiap pihak asyik menuding jari menyalahkan antara satu sama lain berikutan dengan kekurangan-kekurangan yang wujud semasa proses perlaksaan latihan industri oleh pelajar-pelajar. Adakah ini yang dikatakan institusi dalam menjanakan insan yang bergelar guru? Hakikatnya, segala kebaikkan dan kelemahan latihan industri ini ditanggung oleh pelajar.
Persoalannya, adakah benar dengan wujudnya latihan industri ini adalah merupakan jalan penyelesaian dalam mengatasi masalah penempatan graduan UPSI pada masa akan datang?Apakah dengan hanya kaedah cubaan latihan industri ke atas pelajar mencapai objektifnya dan apakah pula kesannya terhadap pelajar yang bakal keluar dan pandangan masyarakat tehadap universiti? Sejauh mana pengurusan peka terhadap kebajikan pelajar-pelajar dalam setiap aspek? Persoalan yang timbul bukalanh untuk menyalahkan mana-mana pihak tetapi perlulah diteliti dan ditanagni dengan matang.
Kesukaran mendapat tempat latihan industri berhubung tempoh latihan yang amat singkat dan kesukaran pihak-pihak syarikat yang enggan bekerjasama menerima pelajar UPSI menjalani latihan industri berkiatan isu ijazah kelulusan pendidikan dan memandangkan kami baru menjangkau semester 4 amatlah menyulitkan keadaan kami sebagai pelajar.
Tempoh masa yang terhad serta kekangan masa selepas tamat semester kami setelah tamat ujian akhir semester juga banyak memberi aplikasi negatif terhadap pelajar. Kami terpaksa mengorbakan wang serta cuti semester di mana sememangnya pelajar UPSI terlalu sibuk semasa waktu minggu perkuliahan sehingga terpaksa berkorban masa rehat hujung minggu untuk ke kelas hari minggu.
Semasa latihan indusri pula kami tiba-tiba dikejutkan pula dengan perubahan format perlaksanaan laporan kerja kursus secara mendadak di mana kami perlu menyediakan 2 laporan kira-kira 2000 muka surat setiap satu kepada fakulti. Laporan akhir pula perlu disahkan oleh penyelia industri seminggu sebelum tamat latihan di mana amat jelaslah di sini bahawa kami terpaksa menyiapkan laporan-laporan dan projek akhir selama tempoh 2 bulan. Format laporan di mana laporan akhir yang perlu dihantar selepas 2 minggu tamat latihan industri pula kini seperti janji-janji kosong. Bagi Tarikh tamat latihan adalah pada 6 Julai 2008
dan tarikh mendaftar di asrama dan fakulti adalah pada 7 Julai 2008.
Adalah amat membebankan kepada pelajar yang tinggal di pantai timur dan sebagainya. Kini kami terpaksa bertungkus-lumus meyediakan 2 jenis laporan akhir 2000 muka surat setiap satu laporan dan projek akhir selama hanya 8 minggu kami menjalani latihan praktikal. Sejurus
selepas itu kami pula amat sibuk dengan hari perkuliahan yang terlalu padat bagi subjek minor dan major tidak mengiira hari minggu dan cuti adalah amat membebankan kami sebagi pelajar. Secara logiknya adakah kami sebagai pelajar langsung tidak perlu diberi ruang untuk merehatkan fikiran?
Istilah pelajar ‘manja’ sering kali dikaitkan dengan bantahan-bantahan pelajar dalam usaha menolak usul-usul yang menggugat kebajikkan pelajar. Adakah mungkin suara pelajar-pelajar menegakkan hak-hak pelajar semakin hilang suatu hari nanti di UPSI? Namun begitu secara keseluruhannya, pihak UPSI harus mengkaji semula latihan ini dijalankan dengan lebih terperinci sekali lagi. Percubaaan kejayaan latihan industri yang terdapat banyak kelemahan dan tidak relevan tidak akan mencapai objektif latihan industri itu sendiri yang melibatkan masa dan wang pelajar-pelajar yang banyak menggugat prestasi mental dan fizikal pelajar UPSI. Kekangan masa yang am terhad memungkinkanpihak fakulti menilai samada latihan industri yang wajar diteruskan ataupun latihan mengajar yang akan menjadi keutamaan pelajar Jurusan Ijazah Pendidikan. Bak kata pepatah," yang dikejar tak dapat dan yang dikendong berciciran"

2 comments:
uikss
2000 patah perkataan laa..
mne 2000 mukasurat lak..
masak arr cmnih..kalah tesis ..huhu
jangan tiru plak, nie untuk komen dan cadangan untuk report aku
Post a Comment